fbpx
Keadaan kebakaran membabitkan sebuah kilang dan tiga buah rumah di Kampung Cheras Baru, Seksyen 15 berhampiran Petron MRR2, tengah malam tadi. Foto IHSAN BOMBA

Kilang kitar semula, tiga rumah musnah terbakar di MRR2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Sebuah kilang kitar semula dan tiga buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cheras Baru, Seksyen 15, berhampiran Petron di Jalan Lingkaran Tengah (MRR2), di sini, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.37 tengah malam.

Katanya, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah digerakkan ke lokasi dengan bantuan keanggotaan dari BBP Ampang, BBP Bandar Tun Hussein Onn dan BBP Hang Tuah.

“Kemusnahan dianggarkan kira-kira 80 peratus, namun api berjaya dikawal pada pukul 1.24 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN