fbpx
Keadaan kediaman dua beranak yang terbakar di Bukit Mertajam, pagi tadi. Foto ihsan JBPM

Bapa, anak nyaris maut rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Dua beranak dilaporkan terselamat dalam kejadian kebakaran di kediaman mereka di Cherok Tok Kun Bawah, Bukit Mertajam di sini, awal pagi tadi.

Mangsa terdiri bapa dan anak perempuan dikatakan berjaya menyelamatkan diri dari kediaman itu sebelum kehadiran pasukan bomba di lokasi kejadian.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran berlaku pada pukul 5.28 pagi.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam dengan bantuan BBP Bandar Perda.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separa kekal (Kelas B) dengan anggaran peratusan kemusnahan sebanyak 80 peratus. Kebakaran turut melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha FZ.

” Penghuni rumah berjaya keluar dengan selamat sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi dan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat,” katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, kerja-kerja pemadaman dan kebakaran telah dapat dipadamkan pada pukul 6.21 pagi tadi.

“Operasi ditamatkan pada 7.22 pagi dan kes kemudiannya diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya,” tambah beliau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN