fbpx
Fadlun pada sidang akhbar majlis pengumuman tapak bazar Deepavali di Menara Seri Wilayah hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

DBKL terus pantau isu kehadiran warga asing di Residensi Max

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) giat memantau isu penempatan pekerja asing di bilik utiliti di Residensi Max di ibu negara, selepas Pesuruhjaya Bangunan (COB) mengeluarkan surat amaran kepada pihak pemaju.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berkata, surat amaran itu dikeluarkan oleh COB bagi memastikan pemaju tidak lagi menempatkan pekerja di ruang yang ditetapkan untuk kegunaan lain.

“COB mengeluarkan surat amaran kepada pihak pemaju supaya tidak lagi meletakkan pekerja di kawasan bilik yang ditetapkan untuk kegunaan lain.

“COB mengambil langkah tersebut, walau bagaimanapun (tindakan) ini di bawah pemaju dan kita akan terus memantau perkara tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman Bazar Deepavali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2026 di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, penghuni Residensi Max bimbang dengan kehadiran warga asing di kediaman itu yang didakwa berlaku sejak hampir setahun lalu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Residensi Max, Muhammed Assyafiq Ahmad Kamal kecewa dengan pihak pengurusan yang didakwa enggan memberi kerjasama kepada penduduk bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Selain menjadikan bilik utiliti sebagai tempat tinggal, penduduk turut mendakwa menemui sebuah lagi bilik utiliti yang dipenuhi tayar motosikal dan dipercayai dijadikan ‘bengkel haram’.

Mengulas lanjut, Fadlun berkata, Residensi Max masih di bawah pengawasan pemaju berikutan badan pengurusan bersama (MC) belum dibentuk.

“Buku titles telah dikeluarkan, walau bagaimanapun tidak mencukupi 25 peratus daripada jumlah penduduk yang membuat pertukaran hak milik, (jadi) MC belum dibentuk.

“Kita jangka bila pengurusan penyelenggaraan di bawah pemaju, semasa pekerja-pekerja yang mereja lantik menetap di kawasan itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN