fbpx
Gambar yang dikongsi LLM di laman sosial menyaksikan keadaan sesak di Lebuh Raya Sungai Besi sebentar tadi.

Banjir kilat di Lebuh Raya Sungai Besi, dua lorong terhalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Banjir kilat dilaporkan berlaku di Kilometer (KM) P2.2 Lebuh Raya Sungai Besi (E9) arah barat dari Pandan Makmur menuju Pandan Indah petang ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi makluman pada pukul 5.29 petang memaklumkan, kejadian menyebabkan lorong kiri dan lorong tengah terhalang.

“Lorong kanan sahaja boleh dilalui dan trafik dilaporkan sesak di lokasi berkenaan.

“Cuaca kini baik selepas hujan,” menurut makluman itu.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan dan berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN