fbpx
Gambar hiasan.

Kes 1MDB: Status quo, siasatan masih diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih diteruskan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata, setiap kes adalah berbeza dan siasatan menjurus kepada isu yang dibangkitkan atau aduan yang diterima.

“Kita kena faham yang sesuatu kes itu berbeza antara satu kes dan satu kes yang lain. Satu kes itu tidak boleh sama dengan kes yang lain.

“Dalam erti kata penyiasatan itu adalah menjurus kepada apa yang disiasat terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan itu atau sesuatu aduan yang dilakukan itu.

“Jadi, bagi pihak kami, kes-kes yang masih belum selesai adalah masih lagi kekal begitulah,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharu yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta sama ada perkara itu mempengaruhi siasatan SPRM berkaitan 1MDB.

Menurutnya, kedudukan kes yang masih belum selesai kekal sehingga terdapat perkara yang difikirkan perlu dilakukan.

“Status quo kekal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN