fbpx
Pegawai polis menunjukkan gambar ketika proses pengecaman mayat kepada salah seorang keluarga mangsa di Pos Pangkalan Hadapan Jeti Sementa, Klang. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD

Bot karam: Mayat diikat pada tong, terapung di Perak disahkan Mohd. Shahril

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Mayat lelaki yang ditemui diikat pada tong dan memakai jaket keselamatan di perairan Perak disahkan merupakan Mohd. Shahril Abd. Rahman.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pengesahan pada mayat berusia 43 tahun dibuat hasil pengecaman waris mangsa.

“Pengecaman waris mengesahkan mayat tersebut adalah Mohd. Shahril, salah seorang daripada tiga mangsa yang masih hilang. Mayat akan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, mayat tersebut pada mulanya ditemui terapung di perairan Hutan Melintang, Bagan Datuk  sebelum dibawa pihak Maritim Malaysia (APMM) ke Jeti Hutan Melintang, Perak untuk tindakan selanjutnya.

Mengulas lanjut, katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa masih diteruskan secara bersepadu oleh polis, APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan agensi berkaitan.

Sementara itu, suasana hiba menyelubungi Pos Pengkalan Hadapan Jeti Sementa di sini ketika proses pengecaman mayat Mohd. Shahril dilakukan sebentar tadi.

Tinjauan Kosmo! mendapati beberapa ahli keluarga Mohd. Sharil menangis sebaik pihak polis menunjukkan keadaan mayat melalui telefon pintar.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Hairul Nizam Abdul Rahman, 47, yang merupakan abang Mohd. Shahril memaklumkan, mereka hanya mampu berdoa agar lelaki itu ditemui selepas operasi SAR memasuki hari ketiga hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN