fbpx
Sebuah lori dilaporkan terbabas di LPT 1 petang tadi. FOTO LLM

Lagi lori terbabas di LPT1, trafik sesak 1.1 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah lori dilaporkan terbabas dalam kemalangan di Kilometer 44.3 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), arah Kuantan, petang tadi.

Menurut Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), kemalangan berlaku di laluan Genting Sempah-Bukit Tinggi pada kira-kira pukul 6.06 petang.

Susulan kejadian, trafik dilaporkan sesak sejauh 1.1 kilometer bermula dari Kilometer 43.2 hingga ke lokasi kemalangan.

LLM memaklumkan lorong kecemasan dan lorong kiri ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pengurusan kemalangan dijalankan.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya berwaspada terhadap sebarang halangan di hadapan dan memandu dengan berhati-hati.

Keadaan trafik dijangka mengambil masa untuk kembali lancar berikutan penutupan sementara laluan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN