PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan enam buah negeri pada petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran dikeluarkan susulan hujan lebat sehingga 5 petang nanti.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Perlis dan Kedah melibatkan daerah Langkawi, Bandar Baharu dan Kulim.
“Selain itu, cuaca sama juga diramal berlaku di Pulau Pinang dan Perak (Kerian dan Selama),” menurut kenyataan itu, hari ini.
Sementara itu di Sarawak, amaran ribut petir dikeluarkan di Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Betong, Sri Aman (Lubok Antu), Kuching (Kuching), Samarahan (Asajaya dan Sebuyau), Limbang (Lawas), Bintulu (Sebauh dan Tatau), Miri (Beluru).
“Di Sabah, amaran sama dikeluarkan melibatkan kawasan Pedalaman (Tambunan dan Sipitang), Pantai Barat (Tuaran, Kota Belud, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Papar),” katanya. – KOSMO! ONLINE
















