fbpx
GAMBAR HIASAN

Hujan lebat di Pantai Timur, utara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di empat negeri pagi ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan keadaan berkenaan dijangka berlaku di seluruh Pulau Pinang, selain beberapa kawasan di Perak membabitkan Kerian, Larut Matang dan Manjung.

Di Kelantan, amaran melibatkan Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas, manakala di Terengganu kawasan yang terjejas ialah Besut.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut Matang dan Manjung), Kelantan (Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas) serta Terengganu (Besut) sehingga 11 pagi, Isnin, 7 September 2026,” menurut MetMalaysia.

Menurut jabatan itu, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/j) yang hampir berlaku atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini daripada MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN