BALEBA menyertai United dengan kontrak selama lima tahun selepas melengkapkan perpindahan dari Brighton. - FB MANCHESTER UNITED

EPL: United akhirnya sempurnakan impian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Bintang baharu Manchester United, Carlos Baleba menganggap penghijrahannya ke Old Trafford sebagai satu pengiktirafan besar dalam kariernya.

Pemain berusia 22 tahun itu cukup teruja untuk bekerja di bawah kendalian Michael Carrick yang kini sedang membawa harapan besar bagi mengembalikan kegemilangan dan julang pasukan ke tahap terbaik.

“Perasaan saya untuk menyertai kelab ini cukup luar biasa kerana ia adalah impian saya. Bermain di Old Trafford sentiasa menjadi peluang istimewa, terutamanya jika mewakili Manchester United.

“Saya tidak sabar untuk bekerja dengan Michael Carrick kerana pengalaman dan pengetahuannya menjadikannya sebagai jurulatih yang sempurna sekali gus dapat membantu saya capai tahap tertinggi.

“Pastinya cita-cita semua orang dalam pasukan cukup jelas dan saya juga nekad untuk memainkan peranan penting bagi membantu pasukan mencapai kejayaan,” katanya.

Terdahulu, pemain muda Cameroon itu melengkapkan penghijrahannya ke Manchester United dari Brighton dengan membabitkan yuran perpindahan yang dianggarkan bernilai £70 juta (RM384.6 juta).

Penghijrahan ini membabitkan kontrak lima tahun dan ia melengkapkan impian The Red Devils sejak beberapa musim lalu yang dikaitkan dengan perpindahan pemain tersebut.

Untuk rekod, Baleba menyertai Brighton dari Lille pada 2023 dan sudah pun merekodkan 112 penampilan bersama The Seagulls. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN