KERPAL Singh (dua dari kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang peguam dalam kejadian semalam.

Kerpal Singh tidak mengaku keluar kata-kata kesat terhadap peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang peguam semalam.

Tertuduh, Kerpal Singh Atma Singh, 71, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norizan Riduan.

Mengikut pertuduhan, pesara itu didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Muhammad Syazwan Mohd. Salleh, 38, dengan tujuan mengganggu keamanan di tepi Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, dalam daerah Kinta pada pukul 11.45 pagi, 19 Ogos lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulqarnain Wan Asmira mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM100 dan tidak dibantah peguam Sandeep Singh yang mewakili tertuduh.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM100 dan menetapkan 24 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN