Gambar dikongsikan pengguna Threads Ainiyssf8 berhubung bungkusan ikan mentah ditinggalkan di atas rak perkakas mewarna di sebuah pasar raya.

‘Kalau tak nak beli, letak balik tempat asal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan pelanggan didakwa meninggalkan bungkusan ikan mentah yang tidak jadi dibeli dengan meletakkannya di atas rak perkakas mewarna mengundang kemarahan pengguna media sosial.

Menerusi gambar dikongsikan pengguna Threads Ainiyssf8, dia memuat naik gambar bungkusan ikan mentah tersebut yang diletakkan di atas rak perkakas mewarna di sebuah pasar raya.

“Eh jangan membiak please (tolong),” katanya secara sindiran pada gambar itu.

Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Threads yang turut mengecam perbuatan tersebut.

“Aku syak mak ayah dia suruh anak letak balik, tapi anak letak tempat lain,” komen Afqhm20.

“Kalau tak nak letak balik dekat tempat asal lah. Jangan letak kat situ, mesti bau,” kata Nushabiab.

“Nak pulang ikan tak payah dekat bahagian ni, kot,” komen Baejvm. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN