JDT berjaya lolos ke suku akhir ACLE musim lalu sebelum tewas kepada juara, Al-Ahli dari Arab Saudi. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

ACLE: Tiga kelab Thailand jadi pencabar JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Impian wakil tunggal Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Elit (ACLE) musim ini nampak cerah apabila bakal berdepan tiga kelab dari negara jiran, Thailand.

Tiga pasukan dari Liga 1 Thailand itu adalah Buriram United, Port FC dan Ratchaburi FC selain satu lagi kelab dari Asia Tenggara, Cong An Ha Noi FC yang beraksi di Liga Vietnam

Jika dibandingkan dengan musim lalu, undian kali ini boleh dianggap membuka peluang buat skuad Harimau Selatan untuk mengumpul lebih mata dan memastikan kedudukan dalam kelompok lapan terbaik dari Zon Timur.

Infografik ihsan MFL.

Selain empat pasukan terbabit, skuad kendalian Xisco Munoz akan menentang tiga kelab dari Korea Selatan seperti juara dua kali Jeonbuk Hyundai Motors di tempat lawan, selain Daejeon Hana Citizen dan Pohang Steelers.

Lawan terakhir JDT adalah menentang Newcastle Jets dari Australia untuk melengkapkan saingan di peringkat kumpulan zon timur.

Aksi pusingan awal dijadualkan berlangsung pada 14 September hingga 18 Februari tahun depan dimana lapan pasukan teratas akan layak ke pusingan kalah mati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN