Lokasi gempa bumi kuat dengan magnitud 6.4 di Utara Sumatera, Indonesia petang tadi.

Gempa bumi kuat di Utara Sumatera petang tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi kuat berlaku di Utara Sumatera, Indonesia dengan magnitud 6.4 pada pukul 6.54 petang tadi.

MetMalaysia pada hantaran Facebook memaklumkan, gempa bumi berkenaan berlaku di koordinat 2.9° Utara dan 98.8° Timur serta jarak 37 kilometer (km) Barat Daya dari Permatang Siantar dengan kedalaman 154 km.

“Gegaran dirasai di sekitar Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Tiada ancaman tsunami kepada negara,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN