Ismail bersama barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Exco) mengibarkan Jalur Gemilang pada Perhimpunan Penjawat Awam dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan di Seremban hari ini. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL /KOSMO!

Keselamatan rakyat keutamaan tangani anjing terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Tindakan menangani masalah anjing terbiar dan liar perlu diteruskan demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat, walaupun mendapat kecaman daripada sesetengah pihak.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, kerajaan tidak boleh berdiam diri sekiranya populasi anjing terbiar semakin tidak terkawal sehingga mengancam keselamatan orang ramai.

Menurutnya, sebarang tindakan perlu dibuat secara wajar serta mengikut peraturan dan undang-undang ditetapkan.

“Kalau ada keperluan, kalau sudah terlalu banyak dan membahayakan orang ramai, ada yang kena gigit, ada kemalangan, saya rasa sesuatu kena buat.

“Wajar walaupun beberapa NGO mengecam. Kita cakap mengenai orang ramai, bukan kumpulan. Keselamatan jadi keutamaan,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Penjawat Awam dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan di Seremban hari ini.

Beliau mengulas Program Pemberian Insentif Penyerahan Anjing Terbiar Secara Sukarela 2026 yang diperkenalkan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), bermula 24 Ogos ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN