BANGKAI lembu di lebuh raya selepas dilanggar oleh sebuah kereta di China, baru-baru ini. - THE COVER

Kereta langgar 6 lembu berkeliaran di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING  – Seorang pemandu terselamat selepas kereta dipandunya merempuh kawanan lembu yang berkeliaran di sebuah lebuh raya di wilayah Guangdong, China, lapor portal berita Must Share News. 

Kemalangan itu berlaku sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) di Lebuhraya Nasional G234 di bandar Yangjiang, baru-baru ini. 

Polis berkata, kereta sedan itu hilang kawalan selepas bertembung dengan kawanan lembu semasa hujan apabila jarak penglihatan terhad dan  jalan licin. 

Sebuah rakaman menunjukkan bahagian hadapan kereta sedan berwarna putih itu remuk akibat pelanggaran. 

Beberapa saksi berkata, keenam-enam lembu itu mati, namun, pemandu kereta tidak cedera,.  

Seorang pegawai polis trafik berkata, pemilik lembu-lembu itu telah dikenal pasti. 

“Pemiliknya boleh dikenakan tindakan kerana perbuatan mengembala lembu berhampiran lebuh raya adalah dilarang,” kata pihak berkuasa. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN