fbpx
Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka memaparkan seorang penunggang motosikal mencelah di antara dua buah treler.

[VIDEO] Penunggang gigih mencelah antara lori dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang penunggang motosikal menyelit di antara dua buah treler mendapat kecaman pengguna media sosial.

Menerusi sebuah rakaman kamera papan pemuka yang dikongsi di akaun Thread Dashcam Malaysia Owner, penunggang motosikal tersebut dilihat berusaha melalui di celah dua kenderaan besar tersebut meskipun laluannya amat sempit.

Tindakan bahaya itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan penunggang tersebut yang dikatakan membahayakan diri dan bakal menyusahkan pengguna jalan raya lain.

“Mujurlah treler dua tu tak gerak lagi kalau tak jadi popiah gulung dah,” kata Amarsa.

“Apa benda beria sangat mencelah kat situ. Macam dikejar malaikat maut,” kata Ariffin.

“Tak serik dengan banyak kes motosikal dan lori. Aku nak drive sebelah lori pun gerun ni kan lagi puak-puak motor yang suka menyelit tengah lori macam ni,” kata Aya Fathin.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 15,000 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN