fbpx
Anggota bomba sedang mengeluarkan Fauziah yang cedera di dalam kenderaan Toyota Estima selepas merempuh gajah di KM 274.6, LPT 2 berhampiran susur keluar Cheneh, Kemaman semalam.

[VIDEO] Suami isteri cedera, Toyota Estima rempuh kumpulan gajah di LPT2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Sepasang suami isteri berdepan detik cemas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki merempuh kawanan gajah liar di Kilometer (KM) 274.6, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas susur keluar Plaza Tol Cheneh, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10.20 malam itu, Abdul Wahid Ismail, 54, yang bekerja sebagai pemandu lori dan isterinya, Fauziah Muda, 52, cedera ringan pada bahagian tangan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, ketika kejadian, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka ke Kampung Pasir Gajah dari Cheneh.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Abdul Wahid memandu MPV Toyota Estima terkejut dengan kemunculan kawanan gajah yang berada di tengah lebuh raya.

“Dia tidak sempat mengelak lalu merempuh haiwan liar tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Razi berkata, rempuhan itu menyebabkan bahagian hadapan MPV tersebut remuk.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Zubaderi Zahari berkata, seramai lapan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat sebelum mengeluarkan mangsa wanita yang cedera di kedua-dua tangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN