fbpx
PENDUDUK tempatan menangkap seekor buaya di sekitar Sungai Cimanceuri semalam. - Istimewa

Buaya mengeram 40 biji telur ditangkap penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Tangerang, wilayah Banten terkejut apabila menemui seekor buaya mengeram 40 biji telur di kawasan sungai, lapor portal berita Lambe Turah. 

Penemuan dibuat di Sungai Cimanceuri berhampiran Desa Budi Mulya, semalam. 

Tangkapan itu dilakukan selepas penduduk tempatan kerap melihat reptilia berkenaan berkeliaran di kawasan sungai sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai keselamatan mereka. 

Mereka terkejut apabila menemui kira-kira 40 biji telur yang masih belum menetas di kawasan penangkapan. 

“Telur-telur tersebut menunjukkan buaya yang ditangkap merupakan seekor induk dan menjadikan kawasan Sungai Cimanceuri sebagai sarangnya,” kata warga setempat. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @rakyatigaraksa menunjukkan buaya itu diikat pada mulut dan kaki sebelum dibunuh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN