fbpx
Pemimpin BN dan PN meraikan kejayaan mereka di Wisma UMNO di Seremban malam ini.

[TAK RASMI] BN, PN dapat majoriti dua per tiga, bakal bentuk kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) setakat pukul 8.40 malam tadi mendahului dengan 25 kerusi sekali gus mampu membentuk majoriti dua per tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Keputusan tidak rasmi itu diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi berkata, parti komponen BN iaitu MCA berjaya merampas semula dua kerusi iaitu Chennah dan Repah.

Beliau berkata, setakat ini, BN sedang mendahului dengan 18 DUN termasuk Pilah, Linggi, Juasseh, Palong, Labu, Gemencheh, Repah dan Lenggeng, manakala PN tujuh merusi termasuk Sikamat dan Ampangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN