fbpx
TIDAK kisah diri menjadi sasaran kecaman, Ubai bagaimanapun memberi amaran tidak mengaitkan isteri serta anaknya dalam sebarang fitnah.

’Jangan sentuh isteri, anak saya, tunggulah surat saman sampai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Masih berbekas dalam ingatan, pempengaruh Ubai MZ mengakui pernah berdepan pengalaman paling memeritkan apabila menjadi mangsa fitnah selepas seminggu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Shila Amzah.

Ujar Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli, 28, kejadian tersebut cukup mengguris hati apabila gambarnya dan isteri digunakan sebagai ‘clickbait’ dalam satu artikel palsu yang mendakwa mereka sudah bercerai sehingga mengundang kecaman ramai.

“Paling teruk saya kena seminggu selepas berkahwin. Keluar tajuk mengatakan Shila Amzah sah bercerai, tetapi menggunakan gambar kami berdua.

“Apabila orang tekan pautan itu, sebenarnya artikel lama. Malangnya ramai terus mengecam di ruangan komen tanpa membaca isi kandungan terlebih dahulu.

“Ada pula komen seperti, ‘Aku dah cakap budak Ubai ini bodoh’ dan ‘Shila degil’. Mereka langsung tidak membaca artikel tersebut,” katanya menerusi audio siar miliknya, Ubai Sentral.

Tambah bapa satu anak itu, pada mulanya dia terlalu marah sehingga terlintas hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang namun isterinya menjadi insan paling tenang menasihatinya supaya bersabar dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah.

“Ketika itu memang saya mengikut perasaan. Rasa hendak saman sahaja.

“Tetapi isteri pujuk saya. Dia kata, ‘Tak mengapa sayang, biarkan sahaja.’

“Kata Shila, kalau perkara seperti ini berlaku, biarlah urusan mereka dengan Tuhan. Biar mereka sedar betapa sukarnya apabila masih mempunyai fitnah terhadap orang lain yang belum diselesaikan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ubai menegaskan dia tidak kisah menjadi sasaran kecaman, namun memberi amaran supaya tidak mengaitkan isteri serta anak mereka dalam sebarang fitnah.

“Tulislah apa sahaja tentang saya. Tetapi kalau satu hari nanti saya hilang sabar, jangan sesekali sentuh isteri dan anak saya.

“Tunggulah surat saman sampai,” tegasnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata bersetuju masyarakat perlu menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum meninggalkan komen.

Untuk rekod, Ubai dan Shila mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2023 serta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira, yang kini berusia dua tahun. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN