PETALING JAYA – Tindakan segelitir etnik Rohingya menceroboh serta mendiami Flat Pandan Perdana, Ampang semakin meresahkan penduduk.
Ini kerana dakwa penduduk, mereka bukan sahaja tinggal secara percuma, malah turut menimbulkan masalah kebersihan serta lambakan sampah.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, individu dikenali sebagai @Msyflirmn mendakwa kehadiran etnik tersebut semakin meresahkan penduduk sekitar.
“Dakwaan pencerobohan unit flat, masalah kebersihan dan lambakan sampah semakin membimbangkan penduduk setempat.
“Rakyat Malaysia berhak hidup dalam persekitaran yang selamat, bersih dan teratur. Rakyat jaga Rakyat,” tulisnya.
Berdasarkan klip video yang dikongsi individu tersebut, kelihatan flat berkenaan kini terlalu kotor dan serta dipenuhi sampah sarap seperti tempat pembungam sampah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan etnik tersebut dan mahu pihak berkuasa segera melakukan pemantauan serta tindakan tegas kepada mereka yang menghuni kawasan itu.
“Ape yang pengotor sangat ni? Orang Islam sangat pentingkan kebersihan kot. Islam ke mereka ni? Memang kena uruskan betul-betul yang ada kad UNHCR,” tulis Starfaizah.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Roselinda.Hashim1.
“Tak kiralah sesama Islam atau sebangsa ke, kalau dah macam ini gaya hidupnya jangan duduk negara orang dan jangan mengaku Islam. Pengotor sangat ni,”katanya.-KOSMO! ONLINE














