fbpx
Antara sukarelawan Kampung Ampang Woh di Tapah yang telah pulang dari misi SAR Jaslinda hari ini.

Penemuan Jaslinda satu kemenangan bagi sukarelawan Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Penemuan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, berhampiran Kampung Lubuk Gaharu di Pos Musoh di sini semalam disifatkan sebagai satu kemenangan bagi sukarelawan Orang Asli Kampung Ampang Woh.

Penyelaras komuniti Orang Asli tersebut, Chew Ho Beng berkata, biarpun sukarelawan berkenaan bukanlah kumpulan yang menemui Jaslinda, ia tidak menjadi isu bagi mereka.

Bahkan, katanya, mereka menyifatkannya sebagai satu kejayaan kerana wanita berkenaan ditemui dalam keadaan bernyawa.

“Walaupun bukan mereka yang menemui Jaslinda, apabila dimaklumkan sahaja hal ini, ia seolah-olah satu kegembiraan, satu kemenangan.

“Kegembiraan bagi mereka sebab itu adalah nyawa yang telah selamat dijumpai dan selamat kembali kepada keluarganya,” katanya kepada pemberita di Kampung Ampang Woh di sini hari ini.

Pada masa sama, Ho Beng berkata, seramai lima daripada 15 sukarelawan dari kampung tersebut telah turun dari kawasan pencarian di Gunung tersebut.

Baki 10 sukarelawan lagi yang dipercayai masih berada dalam keadaan sihat, ujarnya, dijangka turun ke kawasan tersebut esok.

“Mereka yang tak turun lagi mungkin masih sedang mencari mangsa kerana terputus hubungan, bagaimanapun mereka akan pulang,” katanya.

Pada masa sama, katanya, keluarga Orang Asli dari kampung berkenaan yang terlibat operasi mencari dan menyelamat menerima sumbangan dan bantuan dari pihak berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN