fbpx
Kedua-dua penumpang itu ditahan untuk disoal siasat kerana didakwa melakukan hubungan intim di dalam pesawat. - X

2 penumpang diberkas, buat hubungan intim di tempat duduk pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUENOS AIRES – Dua penumpang dibawa keluar daripada sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Copa Airlines selepas mereka ditangkap melakukan hubungan intim semasa berada di ruang udara, lapor akhbar Daily Star. 

Kedua-dua penumpang yang masing-masing berusia 54 dan 59 tahun itu ditahan untuk disoal siasat selepas mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rosario, Argentina pagi semalam. 

Pasangan yang menetap di alamat berasingan itu itu didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat duduk kelas perniagaan mereka, lapor media tempatan. 

Seorang pramugari memaklumkan kepada juruterbang selepas menerima laporan daripada seorang wanita yang melancong bersama anak saudaranya mengenai tingkah laku mereka. 

Pasangan itu dikenal pasti sebagai Mauricio C dan Sandra O, demikian menurut media tempatan. 

Imej dimuat naik di media sosial menunjukkan beberapa anggota polis berada di dalam pesawat selepas pendaratan selesai. 

Sebilangan penumpang menyatakan, mereka dihalang untuk keluar selama lebih sejam berikutan insiden tersebut. 

Pihak berkuasa masih menyiasat kejadian itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN