fbpx
Gambar hiasan.

Peniaga burger antara 2 suspek ditahan kes curi kabel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes kecurian kabel milik Telekom Malaysia (TM) yang tular di Taman Bukit Mewah, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kedua-dua suspek ditahan di sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi hasil maklumat awam serta risikan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Beliau berkata, suspek pertama berusia 29 tahun bekerja sebagai peniaga burger dan mempunyai satu rekod jenayah lampau.

“Suspek kedua pula berumur 43 tahun, tidak bekerja serta mempunyai 10 rekod jenayah dan empat rekod berkaitan narkotik.

“Kedua-dua suspek direman sehingga 12 Mei ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Naazron berkata, polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna perak yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

Katanya, usaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan polis giat mengesan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel milik TM berhampiran Taman Bukit Mewah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN