fbpx
Rohit datang ke hospital dengan keadaan kepalanya tertusuk sabit. - Stomp

Lelaki datang hospital dengan kepala tertusuk sabit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang lelaki di India mengejutkan orang ramai apabila datang ke hospital dengan keadaan kepalanya tertusuk sabit, lapor portal berita Stomp. 

Pesakit bernama Rohit Pawar, 27, itu datang ke Hospital Sion di bandar Mumbai selepas dia diserang dengan sabit oleh sekumpulan lelaki, baru-baru ini. 

Imej dimuat naik di media sosial menunjukkan Rohit berdiri di luar unit rawatan rapi (ICU) dengan senjata tajam tertusuk pada sebelah kiri kepalanya. 

Rohit bagaimanapun sedar dan tidak menunjukkan sebarang gangguan neurologi semasa dimasukkan ke hospital, lapor stesen penyiaran NDTV. 

Sabit itu dilaporkan menembusi tengkoraknya sedalam 3.8 sentimeter. Ia berjaya dikeluarkan selepas Rohit menjalani pembedahan kecemasan. 

Rohit memberitahu polis bahawa kumpulan penyerang itu terdiri daripada lima atau enam orang. 

“Saya tidak tahu bagaimana saya akan pulih dan kembali kepada rutin harian saya. Ketakutan diserang pada bila-bila masa, di mana sahaja,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN