fbpx
SYURA menyelar golongan peminat yang mudah melabelkan seseorang artis sebagai sombong.

‘Asyik cakap artis sombong, saya pernahlah sengih dibalas jelingan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Artis dituduh sombong, penyanyi Syura Badron berharap orang ramai jangan cepat melabel individu lain tanpa mengenali seseorang itu dengan lebih dekat.

Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 40, berkata banyak kemungkinan dilalui setiap individu yang barangkali membuatkan orang itu disangka kurang mesra.

“Janganlah senang-senang kita label seseorang itu sebab kita tak pernah kenal pun mereka.

“Tak kisahlah artis ke bukan, kita masih manusia,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Threads.

Penyanyi lagu Kasih Tak Terjamah itu turut menegaskan sama ada penggiat seni atau pekerja bidang lain, semua merupakan insan biasa yang tidak terlepas daripada melalui turun naik emosi.

“Anda semua asyik ‘up’ (cakap) pasal artis sombong kan?

“Tapi saya pernah ada pengalaman, saya punyalah menyengih, senyum dekat orang tapi dibalas jelingan.

“Itu nak dikategorikan sebagai apa? Biasalah manusia, ada masa kita ada hari yang tak baik, ada masa kita gembira,” ujarnya.

Sejak beberapa hari lalu platform Threads ‘panas’ dengan perkongsian beberapa pemilik akaun yang menyenaraikan ‘selebriti sombong’.

Antara nama yang ‘naik’ dan didakwa mempunyai sikap negatif itu ialah pelakon, Mira Filzah serta Ezzanie Jasny. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN