fbpx
Keadaan sebuah SUV jenis Honda HR-V yang merempuh mangsa di depan surau SMK Tanjong Mas, Kota Bharu kelmarin.

Mangsa kedua dilanggar ustazah koyak cuping telinga, bakal jalani pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Pelajar yang cedera selepas dirempuh kenderaan utiliti sukan(SUV) dipandu seorang guru di depan surau sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Tanjong Mas di sini, semalam akan menjalani pembedahan kecil dan rawatan psikologi dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan(JKNK) Datuk Mohd. Azman Yacob berkata, mangsa, Zara Aftar Zamzuri, 13, mengalami trauma selepas dia kehilangan rakan karib dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 1.50 tengahari kelmarin.

Menurut Azman, Zara juga terpaksa menjalani pembedahan plastik pada cuping telinganya yang koyak dan di muka.

“Saya telah dimaklumkan oleh keluarga, Zara tidak membenarkan keluarga menceritakan berhubung insiden yang berlaku dan tidak benarkan ibu bapanya menyebut nama Nur Fatimatul Hawa Mohd. Izaudin.

“Saya sudah mengarahkan semua jabatan terlibat yang diketuai oleh Pengarah Hodpital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Dr. Izamin Idris dan Ketua Jabatan Pembedahan, Dr. (Mr.) Azhsn Yusuff melakukan rawatan yang terbabit terhadap kecederaan yang dialami mangsa,” katanya ketika ditemui media diperkarangan dewan bedah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd.Azman berkata tempoh pemulihan mengambil masa yang lama sekurang-kurangnya lebih dua minggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN