PETALING JAYA – Kisah dua lelaki berkahwin tiga dan empat yang disiarkan Kosmo! baru-baru ini membuatkan seorang wanita tampil berkongsi kisah hidupnya yang berpoligami dengan menjadi isteri ketiga. Majidah Zamani, 28, berkata, segalanya bermula apabila kawan baiknya yang juga isteri pertama suaminya, Tuan Amer meminangnya untuk dijadikan madu sekali gus menjadi bukti keharmonian luar biasa dia bersama tiga wanita lain. Katanya, hubungan akrab dia dengan isteri pertama, Beela bermula sejak sebelum dia secara rasmi menjadi ahli keluarga tersebut. “Beela sendiri…














