CAMERON HIGHLANDS – Peniaga sayur di Kea Farm di sini memilih untuk menjual sayur yang sedikit berlubang atau tidak sempurna kerana dikatanya tidak menggunakan racun perosak berlebihan, sebaliknya mengutamakan baja organik. Seorang peniaga, Shamala Devi, 55, berkata, beliau lebih cenderung mengambil bekalan daripada pekebun kecil yang menanam sayur di sekitar kediaman mereka berbanding ladang berskala besar. Katanya, kebanyakan pekebun kecil menghantar sayur dalam kuantiti kecil, sekitar lima kilogram bagi setiap jenis dan mengamalkan penggunaan baja organik. “Antara baja digunakan ialah……














