FENOMENA ‘pokai selepas raya’ sering dianggap sesuatu yang normal, sedangkan hakikatnya ia mencerminkan kelemahan dalam pengurusan kewangan dan tingkah laku perbelanjaan pengguna. Setiap kali menjelang Syawal, perbelanjaan isi rumah meningkat dengan ketara kerana masyarakat mahu menyambut perayaan dalam suasana meriah. Namun, apabila perayaan berakhir, ramai yang berdepan tekanan kewangan akibat perbelanjaan berlebihan. Oleh itu, fenomena ini tidak sepatutnya dinormalisasikan, sebaliknya perlu dianalisis sebagai isu pengurusan kewangan isi rumah dan tingkah laku ekonomi pengguna. Data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan, perbelanjaan isi……














