fbpx
Halimah terlantar di Hospital King Fahad, Arab Saudi sejak dua bulan lalu akibat strok ketika mengerjakan umrah.

‘Tolong kami bawa balik mak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah keluarga memerlukan bantuan ke­wangan sekurang-kurangnya RM200,000 bagi membawa pulang ibu mereka yang kini terlantar di Hospital King Fahad, Arab Saudi sejak dua bulan lalu akibat strok sewaktu mengerjakan umrah.

Halimah Ismail, 64, dari Kampung Felcra Lubuk Sireh, Kaki Bukit, Perlis kini ditempatkan di unit rawatan rapi hospital tersebut sejak 5 Februari lalu.

Anaknya, Muhammad Al Imran Abd. Sanief, 25, berkata, dia bimbang apabila dimaklumkan bil hospital akan mencecah ratusan ribu ringgit selepas permohonan daripada syarikat insurans ditolak sebanyak dua kali.

Katanya, dia tidak tahu jumlah sebenar kos yang perlu ditanggung keluarganya.

“Agensi pelancongan berusaha membuat tuntutan insurans, tetapi ditolak. Kita cuba mohon sekali lagi, tapi jika ditolak, kami perlu bayar sendiri dan jumlahnya di-jangka cecah ratusan ribu.

“Mana kami hendak cari duit. Kami merayu kepada orang ramai yang bermurah hati supaya membantu kami membawa pulang ibu supaya dia boleh ditempatkan di hospital di sini,” kata­nya ketika dihubungi.

Menurut Muhammad Al Imran, dia cuba berhubung dengan kedutaan Malaysia di Arab Saudi berkaitan kos itu.

Mengimbau semula kejadian itu, lelaki itu berkata, ibunya berlepas ke Mekah pada 5 Februari lalu, namun kurang sihat pada hari keempat.

“Dia masih gagah berjalan untuk membuat umrah tetapi bila tiba di Madinah, dia mula demam. Saya kemudian datang ke Madinah pada 13 Februari untuk bawa dia balik keesokan harinya, namun keadaannya bertambah teruk pada sebelah malam,” katanya.

Ujar Muhammad Al Imran, wanita itu terpaksa dibawa ke hospital berdekatan Masjid Nabawi untuk menjalani prosedur intubasi sebelum dipindahkan ke Hospital King Fahad.

“Kami kemudian setuju untuk menebuk leher ibu bagi memasang mesin ventilator dan sejak itu dia terlantar. Ibu ke Tanah Suci tanpa ditemani keluarga dan mengikut kumpulan dikendalikan agensi,” katanya.

Menurut Muhammad Al Imran, ibunya pernah ke sana pada 2022 bersama arwah bapanya dan dia tidak dapat menema­ninya kerana kekangan kerja.

“Dia ada kencing manis, sakit orang tua. Tapi tidak sampai masuk ke hospital dan dia buat pemeriksaan berkala termasuk ambil ubat,” katanya.

Sementara itu, di Padang Besar, Siti Nur Ain, 31, merayu bantuan kewangan RM200,000 bagi membawa pulang ibunya.

“Pemeriksaan mendapati dia dijangkiti Covid-19, influenza A dan rhinovirus. Ibu juga mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya.

Menurut Siti Nur Ain, dia telah menghubungi Kedutaan Malaysia, namun berdepan kekangan kos yang tinggi selain tuntutan insurans ditolak, manakala usaha melalui ejen pelancongan juga masih belum menemui jalan penyelesaian.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB 7062689379 atau menghubungi Siti Nur Ain di talian 011-2657 5357.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN