KAMI menaiki bot Pak Din yang diparkir di jeti Sungai Lukut pada pukul 4.30 petang dan terus keluar ke destinasi menjadi kegemaran tekong. Perjalanan mengambil masa dalam dua jam untuk tiba di kawasan berkarang yang menjadi rumah ikan. Apabila hari gelap, kami menurunkan candat untuk mencari umpan terbaik di perairan ini iaitu sotong cumit hidup. Tidak banyak sotong yang diperolehi, namun ia memadai untuk pusingan awal pancingan trip ini. Masing-masing bergegas menurunkan umpan untuk mencari ‘salam perkenalan’ trip. Jenahak bantal……














