PETALING JAYA – Selepas puas menikmati pelbagai juadah sepanjang hari raya, sebahagian masyarakat kini mula bersenam dan melakukan aktiviti mengeluarkan peluh apabila mendapati berat badan mereka meningkat sehingga empat kilogram dalam tempoh seminggu. Tinjauan Kosmo! mendapati ada yang mula kembali berjoging di taman rekreasi, berbasikal serta melakukan aktiviti riadah lain sebagai usaha menurunkan berat badan selepas beberapa hari menikmati hidangan menyelerakan seperti lemang, rendang, ketupat dan biskut raya. Azim Ahmad, 41, berkata, dia mula kembali melakukan aktiviti berjoging pada waktu…














