PETALING JAYA – Trend balik kampung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah sewa kembali rancak apabila semua unit kendaraan itu penuh ditempah di beberapa syarikat sewa kereta. Antara MPV mewah yang mendapat permintaan tinggi termasuk Toyota Alphard, Vellfire, Hyundai Staria, Starex serta beberapa jenis MPV biasa. Mendedahkan perkara itu, Pengarah Urusan AS Car Rental, Siti Nursyuhada Ali berkata, kesemua 15 buah MPV mewah yang ada di syarikatnya sudah habis ditempah sejak seminggu puasa dan terpaksa menyewa daripada orang lain untuk…














