GEORGE TOWN – Program pemberian baju raya terpakai dahulunya hanya mendapat sambutan dalam kalangan keluarga kurang mampu tetapi kini golongan M40 dan T20 dikatakan sanggup buang perasaan malu semata-mata mahu melengkapkan persiapan hari raya mereka. Perkara tersebut diakui Penyelaras Projek Raya Sama Rasa, Sharizal Md, Noor apabila lebih 1,000 pakaian baharu dan terpakai yang ditempatkan di Masjid Jamek Al-Ubudiah, Bukit Gedung di sini, turut diambil golongan bekerjaya untuk digayakan pada Syawal nanti. Menurutnya, penganjuran program buat julung kalinya itu bertujuan…














