fbpx
ORANG ramai beratur panjang sejauh kira-kira 200 meter untuk menukar duit raya di sebuah bank di Bandar Segamat semalam

‘Wahai bank, tak cukuplah tiga jam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Orang ramai sanggup beratur panjang sehingga ada yang kebas kaki untuk menukar duit raya di beberapa buah bank di sini, menjelang sambutan Aidilfitri yang semakin hampir.

Mereka yang enggan beratur panjang pula sanggup mengupah ‘runner’ bagi mendapatkan wang kertas baharu untuk anak, cucu, saudara-mara dan tetamu yang bakal berkunjung.

Baharuddin Ajmal, 45, berkata, dia akhirnya berjaya menukar duit baharu selepas beberapa kali percubaan di beberapa buah bank gagal sebelum ini.

“Kelmarin saya tengok orang beratur panjang di bank biarpun pintunya masih belum dibuka. Saya kasihan lihat warga emas terpaksa berdiri lama, beberapa jam sebelum bank dibuka.

“Ramai sungguh orang datang nak tukar duit raya. Jadi, bertabahlah, lebih empat jam juga terpaksa menunggu untuk sampai giliran,” katanya.

Bagi Kamsiah Othman, 63, pula, dia berkongsi pengalaman sedikit berbeza tahun ini apabila mengupah seorang anak muda dengan membayar RM5 untuk beratur bagi menukar duit raya.

“Memang susah nak tukar duit raya dekat institusi kewangan apabila hendak raya ini. Hendak dapatkan duit raya baharu tiap kali Aidilfitri memang mencabar.

“Waktu operasi penukaran wang kertas pula bermula pada pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari sahaja,” katanya.

Disebabkan itu, rata-rata pengguna berharap institusi kewangan tidak menetapkan had waktu penukaran wang kertas bagi setiap pelanggan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN