TaMBAK-TAMBAK berbatu ini merupakan salah satu lokasi pancing yang saya selalu kunjungi. Antaranya ialah di muara sungai Kampung Madat di Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan. Terdapat pelbagai jenis ikan mendiami kawasan ini seperti ikan siakap putih, siakap merah, gelama, belanak, sembilang, bebaji, duri dan gerut-gerut. Terdekat ini saya berkesempatan mengunjungi lokasi ini bersama-sama Bob serta Fikri dan mendapati sudah ada beberapa orang anak muda lain sedang memancing. Inilah kebaikan aktiviti memancing kerana kita boleh bertemu rakan-rakan baharu dan sekali gus……














