fbpx
Orang ramai mengambil sebahagian makanan dari bazar Ramadan yang tidak habis sebelum diagihkan secara percuma.

56 tan juadah bazar Ramadan tak laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan mendedahkan sebanyak 56,848 kilogram lebihan makanan bernilai RM720,025 dikutip akibat tidak habis dijual di 123 bazar Ramadan di seluruh negara sepanjang 19 hari umat Islam berpuasa.

Pengarah MYSaveFood Ramadan 2026, Ainul A’syara Kamal ber­kata, jumlah itu direkodkan ha­sil daripada pengumpulan da­ta harian yang dilaksanakan me­nerusi operasi penyelamatan ma­kanan oleh pasukan Pemuda Gema Malaysia.

Katanya, antara juadah yang paling banyak tidak habis dijual ialah minuman diikuti kuih-muih, nasi berlauk, nasi atau mi goreng, lauk-pauk dan makanan berkuah seperti laksa serta sup.

“Penelitian kita mendapati trend lebihan harian juadah dipengaruhi beberapa faktor termasuk hujan yang mengakibatkan pengunjung berkurang dan lebihan makanan meningkat.

“Selain itu, terdapat juga perbezaan antara hari biasa dan hujung minggu, malah ada hari ter­tentu tiada kutipan kerana jualan habis,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut Ainul A’syara, makanan yang dikumpulkan itu kemudian diagihkan kepada pelbagai golongan memerlukan bagi mengelakkan pembaziran dan membantu komuniti setempat.

Tambahnya, lebih 45,000 pe­nerima telah mendapat manfaat daripada pengagihan makanan diselamatkan dengan bantuan seramai lebih 2,000 sukarelawan yang mengumpul dan mengagihkan makanan.

“Sukarelawan ini membabitkan pelajar daripada 64 institusi pengajian tinggi dan kebanyakan penerima makanan juga adalah pelajar universiti sama, selain diagihkan di masjid dan komuniti di Projek Perumahan Rakyat,” katanya.

Ujar Ainul A’syara, sukarelawan akan melakukan pemeriksaan kualiti terutama untuk makanan yang tidak dibungkus sebelum diagihkan bagi memastikan ia selamat dijamah oleh orang ramai.

“Makanan yang telah dibungkus tidak dibuka semula dan proses penghantaran kepada penerima perlu diselesaikan dalam tempoh kira-kira sejam selepas waktu berbuka bagi memastikan keselamatan makanan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya membeli makanan secara berpada-pada bagi mengurangkan pembaziran dan peniaga merancang jumlah jualan mengikut permintaan pelanggan bagi memastikan lebihan terkawal.

“Sebelum membeli pengunjung perlu lah berfikir dahulu jumlah makanan yang sesuai dibeli supaya lebih berpada-pada.

“Sebab cara pembelian pun akan menyebabkan peniaga menyediakan kuantiti makanan yang lebih banyak, kalau ramai beli banyak maka mereka akan banyakkan barang jualan.

“Dari sudut peniaga pula perlu ada perancangan dan sedar akan perangai pembeli, cuba untuk perhatikan berapa minimum dan maksimum jualan sendiri , supaya kalau terlebih pun masih dalam jumlah yang terkawal,” katanya.

Ainul A’syara berkata, Projek MYSaveFood yang telah dijalankan selama 10 tahun kini turut membantu agensi baharu yang ingin melaksanakan projek penyelamatan makanan termasuk, Kementerian Perdaga­ngan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN