PETALING JAYA – Harga tiket penerbangan bagi destinasi utama seperti Pantai Timur, utara, Sabah dan Sarawak mengalami kenaikan secara drastik sempena perayaan Aidilfitri kira-kira dua minggu lagi.
Tinjauan mendapati bagi laluan ke Kota Bharu, Kelantan, harga tiket adalah bermula dari RM769 sehala tiga hari sebelum perayaan tersebut berbanÂding RM202 hingga RM274 pada seminggu sebelumnya.
Malah ada syarikat penerÂbangan menjual tiket ke Kota Bharu pada harga lebih RM1,200 sehala.
Bagi mereka yang terpaksa pulang dua hari sebelum SyaÂwal, harga yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines menceÂcah RM1,382, manakala sehari sebelumnya adalah RM1,389.
Berbeza dengan laluan ke Pulau Pinang, harganya dilihat lebih terkawal, namun tetap mengalami kenaikan berperingkat apabila tiket dijual RM240 berbanding RM60 hingga RM134 pada hari biasa.
Untuk destinasi ke Alor Setar, Kedah, harga tiket penerbangan mencecah RM1,300 pada 17 Mac dan meningkat kepada RM1,450 pada keesokan harinya, namun turun semula kepada RM1,200 pada Khamis dan Jumaat.
Bagi perjalanan ke Sabah, perantau perlu membelanjakan sebanyak RM587 sehala bagi perjalanan dua hari sebelum Aidilfitri bagi penerbangan yang ditawarkan AirAsia berbanding RM149 pada bukan musim perayaan.
Tiket penerbangan ke Sarawak pula menyaksikan kenaikan kepada RM600 sehala pada waktu puncak menjelang perayaan berbanding RM93 kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.
Pada awal tahun ini, AirAsia mengumumkan inisiatif tambang tetap tahunan dengan menawarkan tiket pada kadar RM328 bagi penerbangan ke Sarawak dan RM398 untuk laluan Sabah sempena Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri pada tahun ini.
Harga tetap itu ditawarkan bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri, Sibu, dan Bintulu, manakala penerbangan ke Sabah ditawarkan untuk laluan ke Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata, inisiatif tambang tetap itu terus menjadi keutamaan kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia pulang ke kampung dengan tambang mampu milik semasa musim perayaan.
Tempahan boleh dibuat bermula 79 Januari hingga 24 Februari untuk perjalanan antara 13 hingga 24 Februari bagi sambutan Tahun Baharu Cina.
Bagi sambutan Aidilfitri, tempahan boleh dibuat mulai tarikh sama sehingga 26 Mac ini dengan perjalanan dibuat bermula 18 hingga 26 Mac.
Kerajaan juga kekal komited menyokong pelajar melalui program baucar FLYsiswa bernilai RM400 yang diteruskan tahun ini bagi membantu meringankan kos perjalanan pelajar yang berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Malaysia Timur.
















