fbpx
SHARIFAH ANIS SAFIAH (kanan) bersama seorang pembantu ketika memotong pencuci mulut quesillo di Kampung Kubang Buyong, Kuala Terengganu semalam.

Quesillo air tangan Sharifah Anis menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang graduan Diploma Kejuruteraan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tidak menyangka keputusannya untuk menjual pencuci mulut Amerika Latin, quesillo membuahkan hasil lumayan apabila 20 bekas pemanis itu terjual dalam tempoh sejam.

Ujar Sharifah Anis Safiah Syed Khalea Kosam, 22, dia mampu meraih jualan kasar hampir RM1,000 sehari meski­pun pada awalnya hanya mencuba berniaga bagi mengisi masa lapang serta mencari pengalaman.

“Saya pilih quesillo seakan-akan puding karamel versi mewah yang sedang ‘trending’ ketika ini. Kebetulan saya baru mencuba resipinya dan menjadi.

“Cuba jual empat bekas pada hari pertama Ramadan di depan rumah, tak sangka laku dan habis dalam tempoh kurang sejam,” katanya ketika ditemui di Kampung Kubang Buyong, di sini semalam.

Katanya, permintaan quesillo buatannya terus meningkat sehingga terpaksa membuat 20 bekas setiap hari mulai 2 Ramadan.

“Setiap bekas quesillo boleh dipotong kepada tujuh bahagian. Setiap potongan saya jual RM7. Secara keseluruhannya saya menjual 140 potongan setiap hari.

“Kebiasaannya jualan saya akan habis dalam tempoh kurang sejam selepas gerai dibuka. Ramai juga pulang hampa tidak sempat membelinya,” katanya.

Sharifah Anis Safiah juga agak terkejut ramai pelanggan sanggup beratur awal biarpun ge­rainya cuma dibuka pada pukul 4 petang setiap hari. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN