Menjadi kelaziman, lagu raya antara ‘eksesori’ wajib setiap kali menjelang musim perayaan. Pendek kata, tak lengkap Ramadan dan Syawal tanpa lagu raya. Dan, tahun ini kita menyaksikan lambakan lagu raya daripada barisan penyanyi lama serta baharu. Kumpulan De Fam misalnya, kembali dengan lagu Pok Pek Raya selepas trending menerusi lagu Alamak Raya Lagi dua tahun lalu. Tidak ketinggalan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Wani Kayrie, Shiha Zikir, Fazura, Bella Astillah, Nabila Razali, Syamel dan isterinya, Ernie Zakri, Ifa Raziah……














