fbpx
Anwar di Dewan Rakyat hari Ini - Foto JABATAN PENERANGAN

Kelompok Zionis terlibat usaha jatuhkan kerajaan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang kini dalam siasatan pihak polis turut melibatkan kelompok Zionis terkemuka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran tersebut ketika menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) di Dewan Rakyat hari ini.

“Kalau esok tahu orang yang nak dipertahankan oleh Yang Berhormat Arau itu di antaranya kelompok Zionis terkemuka. Kelompok Zionis terkemuka, digunakan dalam program ini, projek ini dan nanti tunggu sabar entah seminggu, dua minggu, bila keadaan ini terbongkar, boleh diceritakan.

“Apa kita nak pilih nak pertahan? Tak ada orang lain dalam dunia untuk mempertahankan kedudukan kita selain daripada merujuk kepada tokoh Zionis ini, memang jelas menentang Islam dan negara-negara yang mempertahankan Gaza,” katanya.

Terdahulu, Anwar berkata, konspirasi terancang yang membabitkan penggunaan agensi pelobi asing, jurubank dan agensi media antarabangsa itu bermula sejak Ogos 2024 dan akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat dalam siasatan PDRM, tokoh-tokoh berkenaan itu sudah ada enam kali mengadakan perjumpaan pada tahun 2025 di dalam dan di luar negara.

Kata beliau, usaha untuk menjatuhkan kerajaan tersebut kerana siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berskala besar menyebabkan mereka terpanggil untuk bertindak menggunakan kekuatan pengaruh luar dan dalam negara.

“Strategi mereka seperti mana disebut sebahagiannya tadi, dari rekod syarikat antarabangsa berkenaan, yang menyebut umpamanya untuk menghubungi semua media asing dengan strategi mempertikai usaha kerajaan khususnya SPRM.

“Kemudian menggunakan kekuatan dan ‘contact’ dengan negara-negara luar dengan tujuan beri naratif mempertikai kewibawaan Malaysia dan kerajaan serta mengatur gerakan melalui Parlimen Malaysia. Ini yang membimbangkan kita,” katanya.

Jelas beliau, kerajaan tentunya memandang serius perkara itu dan Jabatan Peguam Negara, agensi penguatkuasaan serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) boleh berkongsi maklumat mengenainya kepada wakil rakyat.

“Sebaik ada maklumat tambahan dan diizinkan Jabatan Peguam Negara, PDRM dan badan-badan penguatkuasaan, kalau perlu saya boleh memanggil untuk MKN boleh selaraskan satu perjumpaan dengan wakil-wakil kerajaan dan pembangkang.

“Kerana bagi saya ini tidak terikat dengan parti, tetapi soal keselamatan atau ‘national security’. Kita tahu Malaysia, seperti mana yang Yang Berhormat pembangkang bersama semalam dalam kes seperti kecaman kita terhadap Israel dan Amerika Syarikat (AS), itu satu-satu negara. Saya teliti seluruh liputan media, Malaysia di antara yang paling keras,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN