fbpx
Tanah Perkuburan Pantai Dalam di Kuala Lumpur dinaiki air akibat banjir kilat kelmarin.

[VIDEO] KL hujan lebat, kubur di Pantai Dalam ‘tenggelam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hujan le­bat berterusan sejal awal pagi kelmarin menyebabkan menyebabkan sebahagian kawasan tanah perkuburan di Maqam Jidah Nur, Pantai Dalam di sini ditenggelami air sehingga paras pinggang.

Penyelia kubur, Yusman Nordin, 59, berkata, kejadian itu disifatkan sebagai antara yang terburuk pernah berlaku sepanjang beliau bertugas di tanah perkuburan berkenaan.

“Air naik tinggi dan bertakung. Tahun 2026 ini paling teruk. Dulu ada juga banjir, tapi tidak macam ini,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Menurutnya, hujan lebat bermula kira-kira pukul 4 pagi sebelum berhenti sekitar dua jam kemudian, namun air masih bertakung seketika sebelum beransur surut.

“Bila air sungai turun, barulah air senang keluar. Tapi semalam (kelmarin), kapasiti hujan terlalu banyak, sebab itu berlaku takungan,” katanya.

Yusman menjelaskan, sistem longkang baharu yang dibina bukan punca utama kejadian, sebaliknya limpahan air luar biasa menyebabkan aliran menjadi perlahan sehingga bertakung.

Tambahnya, kerja-kerja pembersihan dilakukan segera bagi mengelakkan selut mengeras serta mengeluarkan bau tidak menyenangkan.

“Selut kalau sudah keras susah dibersihkan. Lepas berbuka semalam (kelmarin), kami terus bersihkan,” katanya.

Beliau yang juga kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, tugas menjaga kubur dilakukan secara sukarela demi memastikan kawasan itu sentiasa terpelihara.

Menurutnya, pasukan kecil sukarelawan yang dibentuk akan mengadakan gotong-ro­yong mingguan selain mengumpul dana sendiri bagi membeli peralatan seperti skop dan menanam pokok.

Dalam masa sama, beliau turut berterima kasih kepada Ahli Parlimen Pantai Dalam, Datuk Fahmi Fadzil yang telah menghantar bantuan dan telah mengirim setiausahanya untuk meninjau keadaan serta memberi kata semangat kepada sukarelawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN