TUJUAN asal kami hadir ke lokasi ini adalah untuk memancing ikan bawal pinang atau dikenali sebagai snubnose pompano yang terlepas dari sangkar ternakan yang disedari oleh seorang rakan kami sewaktu dia menjala udang. Lokasi ini berada di dalam Seri Nipah Resort di Kampung Nipah di Bachok, Kelantan. Resort ini terletak di tepi laut dan terdapat satu alur sungai bersebelahan dengan pantai dan masuk ke dalam kawasannya. Pada mulanya kami memancing di bahagian luar sahaja, namun tidak dapat apa-apa sambaran dari……













