MINGGU ini, mungkin Sherry Ibrahim antara artis yang perlu Diva beri pujian sebab memilih untuk tidak berkongsi semua perkara tentang hidup dalam media sosial.
Bagi Diva, bukan semua artis dapat lakukan perkara tersebut sebab ramai yang kongsi secara terbuka waima hal dalam kain sekali pun semata-mata nak kejar populariti.
“Tak semua perkara nak dijadikan konten. Saya harap akan kekal dengan cara begini.
“Takut nanti makan diri. Lebih memilih kehidupan peribadi sebagai ‘biarlah rahsia'” ujarnya.
Baguslah begitu, sebab ada artis yang kongsi hal peribadi kemudia marah bila dikecam. Tak tahulah nak salahkan siapa sebab semua itu pilihan sendiri. Harap bulan puasa ini, janganlah ada artis yang dedah hal yang bukan-bukan sehingga mencetuskan perang dalam media sosial pula.
DIVA: Dengar khabar angin Bella Astillah, Syed Saddiq kahwin lepas raya, betul ke?














