fbpx
MUHAMMAD NAUFAL IMAN berbaring di kubur ibunya kerana terlalu rindu selepas arwah meninggal dunia pada 1 Januari lalu.

Tiga kali sehari ziarah kubur ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dibawa setiap hari oleh bapanya menziarahi pusara ibunya kerana tidak dapat menahan rindu.

Bapa kanak-kanak itu, Dzulfikar Ainul Yakin, 35, berkata, ada kalanya dia membawa anak lelaki keduanya, Muhammad Naufal Iman, 9, tiga kali sehari menziarah kubur tersebut.

Katanya, isterinya meninggal dunia pada 1 Januari lalu akibat strok pendarahan batang otak (brainstem hemorrhagic stroke) berpunca daripada tekanan darah terlalu tinggi ketika tidur menyebabkan pendarahan di bahagian otak.

Ujarnya, ‘pemergian’ isterinya memberi kesan mendalam kepada anak-anak mereka khususnya buat Muhammad Naufal Iman, yang sangat rapat dan manja dengan arwah ibunya.

“Bila ziarah kubur, dia akan bercakap dan mengadu. Dia reda dan faham setiap yang bernyawa pasti mati, cuma terkilan kerana ibunya
‘pergi’ terlalu cepat ketika usianya masih muda,” katanya.

Dzulfikar turut berkongsi detik sukar ketika isterinya koma seminggu sebelum me­ninggal dunia, menyebabkan anak lelakinya sering bertanya mengapa ibunya ‘tidur’ terlalu lama.

“Anak saya tanya, ‘papa, kenapa mama lama sangat tidur?’ Saya beritahu mama koma dan belum sedar. Jika Allah berkehendakkan mama sedar, dia akan sedar. Jika Allah tentukan sebaliknya, kita kena reda,” ujarnya.

Menurutnya, anak sulung mereka, Nur Naurah Imani, 10, juga masih bersedih namun cuba menguatkan semangat.

Dzulfikar menjelaskan, video anak lelakinya baring di kubur ibunya dirakam tanpa niat untuk meraih perhatian, sebaliknya sekadar merakam detik rindu seorang anak terhadap ibu yang amat di­sayangi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN