fbpx
Choon Foo (dua dari kiri) bertemu pelajar yang menyertai Program Intervensi Remaja Berfokus: Sentuhan Biru di Dewan Tanjung, IPD Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

Kerjasama dengan polis, kes buli di sekolah menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Kes buli dalam kalangan pelajar sekolah di daerah ini menurun hasil kerjasama berterusan pihak sekolah, ibu bapa dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperkukuh langkah pencegahan kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, hanya beberapa kes terpencil berkaitan buli dilaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang tahun lalu dan pihak sekolah sentiasa berhubung dengan pihaknya bagi mengekang gejala tidak sihat tersebut.

“Pegawai Perhubungan Sekolah ditempatkan di sekolah bagi memantau keselamatan, menangani isu disiplin dan jenayah seperti buli.

“Kita mahu memastikan persekitaran sekolah selamat melalui pencegahan awal apabila lawatan dibuat secara berkala untuk mengetahui masalah yang dihadapi di sesebuah sekolah,” katanya selepas Program Intervensi Remaja Berfokus: Sentuhan Biru di Dewan Tanjung, IPD Gua Musang di sini hari ini.

Choon Foo berkata, Program Intervensi Remaja Berfokus: Sentuhan Biru dilaksanakan bersama kaunselor sekolah dan pegawai polis terlatih kepada pelajar berisiko agar mereka diberikan sokongan emosi dan panduan yang betul.

Seramai 61 pelajar dari 12 sekolah menengah termasuk dua sekolah menengah agama dipilih untuk terlibat secara langsung dalam program tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN