fbpx
Mulai 1 Januari, Perintah Khidmat Masyarakat tidak melebihi 12 jam dalam tempoh enam bulan terhadap pesalah bagi kes pembuangan sampah kecil dikuat kuasa.

Pembuang sampah wajar dihukum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Setiap pelancong yang datang ke Malaysia bukan sahaja mahu melihat kemodenan semata-mata, namun kebersihan terutama di bandar-bandar kecil setiap negeri di negara ini.

Namun apalah maknanya jika negara cantik dan moden, tapi masih terdapat tempat dan kawasan yang kotor dengan longgokan sampah sarap.

Mulai 1 Januari lalu, Perintah Khidmat Masyarakat tidak melebihi 12 jam dalam tempoh enam bulan terhadap pesalah bagi kes pembuangan sampah kecil telah dikuat kuasa.

Peguam Muhammad Amin Abdullah berkata, sebagai pengamal undang-undang, beliau berpendapat pelaksanaan itu mampu mengekang sifat kurang sivik sesetengah masayarakat selain mampu mendidik supaya lebih peka menjaga persekitaran.

“Khidmat masyarakat adalah satu hukuman berbentuk pengajaran yang juga satu pendekatan positif bagi mendidik, membina tanggungjawab dan disiplin diri. Hukuman ini munasabah untuk dikuatkuasakan,” katanya.

Mengulas lanjut, berkenaan dengan pelaksanaan pesalah kebersihan, beliau berpendapat jaket khas yang disediakan hendaklah dilabel dengan perkataan yang positif .

Katanya dengan satu perkataan positif, seseorang pesalah dilihat dilihat sedang menjalani hukuman dan pada sama berkhidmat untuk masyarakat.

Untuk info Korea Selatan, Sweden, Singapura dan Jepun, antara yang berjaya melaksanakan pendekatan serupa sekali gus membuktikan keberkesanannya dalam mendidik rakyat.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia menjadi Orang Kena Saman (OKS) pertama di Malaysia didenda dan diperintahkan melakukan khidmat masyarakat oleh mahkamah, kerana kesalahan membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok dan botol minuman di tempat awam dan bukan di dalam tong sampah yang disediakan.

Anita Lukman, 49, yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru dijatuhkan hukuman denda RM500 dan diperintahkan untuk melakukan khidmat masyarakat selama enam jam dengan tempoh dua jam sehari dan perlu dilaksanakan tidak lebih daripada enam bulan.

Hakim Nor Aziati Jaafar memerintahkan OKS dipenjara 15 hari jika gagal membayar denda berkenaan serta denda antara RM2,000 hingga RM10,000 jika gagal melaksanakan perintah khidmat masyarakat itu.

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok dan botol minuman di tempat awam dan bukan di dalam bekas yang diperuntukkan bagi maksud membuang sisa pepejal berkenaan yang mana kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut di sini, pada pukul 12.41 tengah malam pada 1 Januari lalu.

Justeru pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan sebagai tambahan boleh dikenakan suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen 77B(1) akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman denda sehingga RM2,000 dan sebagai tambahan suatu perintah khidmat masyarakat maksimum 12 jam, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding berasingan, seorang pekerja kilang warga Bangladesh, Sultan Md., 28, turut dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama iaitu membuang puntung rokok pada pukul 1.27 pagi, di lokasi dan hari sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN