WET WORLD sesuai untuk aktiviti bina semangat kumpulan korporat.

Wet World tawar pakej menarik rai ulang tahun ke-30

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SESUAI dijadikan destinasi percutian buat keluarga, Wet World Water Park Shah Alam (Wet World) sedia menerima kunjungan pelawat dengan menawarkan pelbagai aktiviti istimewa. 

Menerusi tawaran harga kompetitif dan kemudahan menyeluruh, taman tema air tersebut kekal relevan sebagai lokasi pilihan untuk melakukan aktiviti santai keluarga, pelajar sekolah atau kem bina semangat. 

Menurut Pengarah Jualan dan Pembangunan Perniagaan Wet World, Kenny Wong, permainan air Super Hurricane yang merupakan slide gergasi berbentuk corong merupakan salah satu tarikan utama di taman tema itu.

“Tidak kira sama ada kanak-kanak, remaja atau orang dewasa, masing-masing mempunyai pilihan aktiviti yang bersesuaian dengan mereka seperti Monsoon Buster, Super Hurricane dan Thunder River. 

SALAH satu aktiviti permainan air yang ditawarkan kepada pengunjung Wet World.

“Ada juga pilihan permainan air lain seperti Caribbean Rider, Whirlwind Escape, Kiddy Typhoon Lagoon, Pirate Cove & Island of Treasures dan Bermuda Triangle yang cukup mengujakan serta menyeronokkan,” katanya kepada CitaRasa. 

Menariknya, pada tahun ini  Wet World meraikan ulang tahun ke-30 dengan menawarkan pelbagai tawaran pakej istimewa dan aktiviti menarik.

“Kami menyediakan pakej khas untuk lawatan sekolah dengan kadar harga lebih rendah, bermula sekitar RM39 bagi kanak-kanak dan RM45 bagi dewasa, tertakluk kepada bilangan minimum peserta. 

“Pakej ini merangkumi hidangan ringan serta minuman, sekali gus menjadikannya sesuai sebagai aktiviti kokurikulum dan lawatan sambil belajar yang menyeronokkan.

PELBAGAI permainan air menarik terdapat di Wet World, Shah Alam, Selangor.

“Bagi penganjuran majlis keraian, Wet World menawarkan pakej hari jadi standard dan pakej hari jadi barbeku merangkumi makanan, minuman serta akses kepada kemudahan taman air.

 “Pengunjung boleh mendapatkan maklumat mengenai pakej atau tawaran menarik mengenai sambutan ulang tahun ke-30 Wet World di media sosial kami,” katanya.

Pendekatan harga berperingkat dilihat mampu menarik lebih ramai pengunjung daripada pelbagai latar belakang, khususnya keluarga besar dan kumpulan sekolah atau kakitangan korporat.

Penawaran pakej yang pelbagai, fleksibel dan mampu milik menjadikan Wet World kekal sebagai destinasi rekreasi air pilihan dengan sokongan fasiliti lengkap serta fokus kepada segmen keluarga. 

Untuk makluman, pihak pengurusan Wet World turut menekankan aspek keselamatan dan keselesaan pengunjung dengan menyediakan kemudahan asas seperti kawasan rehat, tandas, loker serta penyelia keselamatan di setiap zon permainan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN